Saturday, August 25, 2018

PERLIS ZINE FEST 2018


Melihat perjalanan #PerlisZineFest2018 yang disertai oleh editor, penulis, kartunis, pasukan jelajah motorsikal, hiking, BMX, skateboarding, pemuzik. Kami lihat begitu banyak buah fikiran dan bakat dikalangan orang Perlis dan Kedah. Perbezaan genre tetap menyatukan kita untuk berkarya.

Terima kasih semua. Mohon maaf jika ada salah dan kekurangan. Kita cuba upgrade setiap tahun. Jika event ini dikira berjaya. Ia kejayaan pasukan. Moga ada benda berfaedah dalam event ni. 

Mesyuarat 2 malam sebelum kejadian.

Mesyuarat dan tindakan malam ke-2 sebelum kejadian.

Hari kejadian!








Betul. Saya tak pernah lihat sekali pun bedah buku. Walaupun ada juga rasa nak tengok yang bedah buku karangan Hamka "4 bulan di Amerika" & "Ayahku" oleh dr Maza sebelum buat bedah buku sendiri.

Tapi saya tahan diri. Kenapa? Kerana saya x mahu terpengaruh dengan format orang. Benda paling saya tak suka adalah ikut saja format orang sedangkan tiada salah guna cara sendiri. Banyak saya mahu hurai lagi sebenarnya dalam 18 bab buku itu. Tetapi memandangkan kami hanya diperuntukkan 15-20 minit sahaja setiap orang. Saya ringkaskan dan beri ruang agar semua orang boleh berkongsi maklumat dalam Perlis Zine Fest 2018. Terima kasih pada yang sudi membeli karya sulung saya yang tak seberapa itu.


Demo BMX memberi satu kejutan baharu pada tahun ini!

Peketum riders dan Majalah Kapcai


Yumi memberi sokongan pada suaminya mendeklamasi sajak.

Tidak perlu rasa rendah diri jika anda dianggap tidak berseni. Artis atau tidak, prinsip hidup jauh lebih penting. Tidak salah untuk bersikap degil sekali sekala asal jangan jadi bodoh. Kembangkan idea & jangan takut dikritik. 

Banyak orang bertekak fasal siapa paling berseni hari ini. Kami gembira membawa motto "Kendiri Mengatasi Seni" dalam #PerlisZineFest2018. Moga yang hadir dapat kefahaman.




Secara peribadi saya rasa terpanggil untuk membantu rakan saya, Azmi Bahari yang sedang mengharungi dugaan dari Ilahi. Dia penulis yang berbakat luar biasa, pelukis, perintis muzik berat Malaysia bersama lagenda #blackfire. Oleh itu saya lancarkan tabung derma buatnya sempena Perlis Zine Fest. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan buat saudara Azmi Bahari yang sedang mengharungi serangan stroke. Moga usaha sedikit dari kami ini dapat membantu beliau dan keluarga. Derma terus disalurkan kepada beliau sebaik tamat acara. 

Terima kasih buat yang sudi membantu.
~ Rammy

 

No comments:

Post a Comment