Jumaat, 18 Disember 2020

THE MOST INFLUENTIAL UNDERGROUND EDITOR 2020


Hari ini Perlis Zine Fest telah membawakan satu anugerah khas kepada editor zine. KULT ZINE: THE MOST INFLUENTIAL UNDERGROUND EDITOR 2020. Pengiktirafan buat penulis haluan bawah tanah telah dianugerahkan kepada saudara Pyan @ Sufian, editor Bangkit! Zine. Pyan bermula dengan menyunting Qiamat atau kemudiannya dikenali sebagai Nathias Zine sejak tahun 1992. Pelopor UG scene Mersing, Johor ini turut menganggotai kumpulan Ancient Crypt bersama adiknya yang juga editor zine bernama Nocturnal. Apabila Nathias zine tidak lagi aktif, Pyan menulis pula di dalam blog Ekstrim Media untuk menyalurkan informasi daripada dunia UG dengan cara yang lebih moden dan pantas. Pada 2016 Pyan kembali ke dunia penerbitan zine dan menyunting Bangkit! Zine hingga kini. Bangkit sudah mencecah 14 isu yang mana isu 13.5 telah dikeluarkan khas untuk #PZF2020. Kamdungannya banyak memfokuskan UG scene dari utara terutamanya dari negeri Perlis. Di usia 51 tahun, Pyan masih giat menyunting zine malah menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa pada hari ini. Dia mempunyai Bangkit distro yang menaungi zines lain antaranya Reveal zine, Small Man zine, Transit zine, Perang Dunia Terakhir, Ranjau Metal dan Distorsi Ekstrim selain menganggotai kumpulan muzik berat, Omen dari Kelantan. Tidak syak lagi beliau adalah editor zine paling berpengaruh di Malaysia bagi tahun 2020!

 – Perlis Zine Fest, 19 Disember 2020

Isnin, 9 November 2020

PERLIS ZINE FEST 2020




19/11/2020 (Sabtu) 

5.00 pagi: Mandi sungai

6.00 pagi: solat & prepare breakfast potluck.

7.00 pagi: Bagi yang fit, kita jungle trekking pusing dusun Nakawan keluar lapang sasar dan balik ke kem kita. Atau redah ikut sungai naik ke air terjun bukit Ayer dan balik ikut jalan darat ke kem? Atau treasure hunt?

9.00 pagi: mula acara – jualan stuffs.

10.00 pagi: rope jump challenge & persembahan OSBMX Perlis.

11.00 pagi deklamasi sajak, puisi, pantun seloka, bedah buku.

12.00 tgh: persembahan akustik (klimaks).

1-2.00 petang: siap sedia untuk berangkat pulang.

2.00 petang: acara tamat!


Ahad, 30 September 2018

RAKAP BESI ZINE


RAKAP BESI ZINE (ISU # 8)
Editor: Ahmad Ra1m1
Asal: Perlis
Saiz: A5
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Pelancaran: 1 Oktober 2018
Harga: RM8 ( tidak termasuk pos)
Hubungi facebook: Faithcraft Productions
Tel: 019-2281979

Rabu, 5 September 2018

MUSAFIR LARA ZINE


MUSAFIR LARA ARTZINE(ISU # 1)
Editor: Rammy Azmi
Asal: Perlis
Saiz: A5
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Pelancaran: 25 Ogos 2018
Harga: RM7
Hubungi facebook: Faithcraft Productions
Tel: 019-2281979

Isnin, 27 Ogos 2018

TATASUSILA ROCK & ROLL


TATASUSILA ROCK & ROLL
Terbitan: Terbitan Kongsi Lima
Editor: A.G.G
Saiz: A5
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Pelancaran: 25 Ogos 2018
Harga: RM30
Hubungi facebook: Terbitan Kongsi Lima
Tel: +60 11-2660 3708

HETEROGEN ZINE


HETEROGEN ZINE (ISU # 1)
Editor: Jazli & Izzat
Asal: Langkawi
Saiz: A5
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Pelancaran: 25 Ogos 2018
Harga: RM8
Hubungi facebook: Jazli Safwan atau Hangtera Productions
Tel: 017-402 5001

Sabtu, 25 Ogos 2018

PERLIS ZINE FEST 2018


Melihat perjalanan #PerlisZineFest2018 yang disertai oleh editor, penulis, kartunis, pasukan jelajah motorsikal, hiking, BMX, skateboarding, pemuzik. Kami lihat begitu banyak buah fikiran dan bakat dikalangan orang Perlis dan Kedah. Perbezaan genre tetap menyatukan kita untuk berkarya.

Terima kasih semua. Mohon maaf jika ada salah dan kekurangan. Kita cuba upgrade setiap tahun. Jika event ini dikira berjaya. Ia kejayaan pasukan. Moga ada benda berfaedah dalam event ni. 

Mesyuarat 2 malam sebelum kejadian.

Mesyuarat dan tindakan malam ke-2 sebelum kejadian.

Hari kejadian!








Betul. Saya tak pernah lihat sekali pun bedah buku. Walaupun ada juga rasa nak tengok yang bedah buku karangan Hamka "4 bulan di Amerika" & "Ayahku" oleh dr Maza sebelum buat bedah buku sendiri.

Tapi saya tahan diri. Kenapa? Kerana saya x mahu terpengaruh dengan format orang. Benda paling saya tak suka adalah ikut saja format orang sedangkan tiada salah guna cara sendiri. Banyak saya mahu hurai lagi sebenarnya dalam 18 bab buku itu. Tetapi memandangkan kami hanya diperuntukkan 15-20 minit sahaja setiap orang. Saya ringkaskan dan beri ruang agar semua orang boleh berkongsi maklumat dalam Perlis Zine Fest 2018. Terima kasih pada yang sudi membeli karya sulung saya yang tak seberapa itu.


Demo BMX memberi satu kejutan baharu pada tahun ini!

Peketum riders dan Majalah Kapcai


Yumi memberi sokongan pada suaminya mendeklamasi sajak.

Tidak perlu rasa rendah diri jika anda dianggap tidak berseni. Artis atau tidak, prinsip hidup jauh lebih penting. Tidak salah untuk bersikap degil sekali sekala asal jangan jadi bodoh. Kembangkan idea & jangan takut dikritik. 

Banyak orang bertekak fasal siapa paling berseni hari ini. Kami gembira membawa motto "Kendiri Mengatasi Seni" dalam #PerlisZineFest2018. Moga yang hadir dapat kefahaman.




Secara peribadi saya rasa terpanggil untuk membantu rakan saya, Azmi Bahari yang sedang mengharungi dugaan dari Ilahi. Dia penulis yang berbakat luar biasa, pelukis, perintis muzik berat Malaysia bersama lagenda #blackfire. Oleh itu saya lancarkan tabung derma buatnya sempena Perlis Zine Fest. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan buat saudara Azmi Bahari yang sedang mengharungi serangan stroke. Moga usaha sedikit dari kami ini dapat membantu beliau dan keluarga. Derma terus disalurkan kepada beliau sebaik tamat acara. 

Terima kasih buat yang sudi membantu.
~ Rammy