Label

Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2024

PERLIS ZINE FEST – KULT COMIC AWARD 2024


AKU NAPIE
THE MOST INFLUENTIAL CARTOONIST 2024

Aku Napie atau Hanafie Shafie, merupakan raja doodle tanahair, anak kelahiran Kaki Bukit, Gua Kelam ini (tempat berlakunya PZF tahun ini) mula mencipta nama pada tahun 2009. Beliau seorang yang pendiam, suka makan dan sarat dengan idea. Kadangkala bila otak tepu, beliau capai basikal dan keluar dari kubunya untuk sertai kayuhan bersama Rakap Besi. Gaya lakarannya mempunyai jati diri yang kuat pengaruh dari bauan pekasam sepat Timah Tasoh. Jadi tak hairanlah beliau suka komik-komik berkisar kenangan lalu, autobiografi dan isu-isu panas semasa yang berkaitan tentang suka duka kehidupan. Beliau terkenal melalui karya D.I.Y seperti Bujang Kartun, Robolism, Aku & Dia!, Kucing Aku Jatuh Cinta, Tangan Kiri, Kucing Osem, Kita Kawan, Sembelit, Komik Gelabah dan banyak lagi!

Aku Napie kini telah menjadi gergasi yang sentiasa menerima tempahan lukisannya dari luar negara seperti UK, USA malah Afrika. Dengan wujudnya rumah produksi sendiri bernama Aku Sempoi, beliau semakin ligat menerbitkan karya-karya terbitan mandiri. Beliau sememangnya amat layak untuk menerima Anugerah ini!

AKU NAPIE – I DO AWESOME DOODLE.COMIC.ILLUSTRATION

Aku Napie | Profile | Fiverr

Sabtu, 19 Disember 2020

PZF 2020 SELESAI!


Perlis Zine Fest 2020 berlangsung dan tamat dengan jayanya pada jam 2.30 petang tadi. Kita bergerak tidak terlalu menyasar daripada rancangan asal walaupun takdir telah membawa hujan ke rimba ilham ini. Terima kasih kepada semua biarpun yang datang untuk mendokong prinsip zine fest ini atau yang hanya datang kerana suka berkhemah, mungkin anda mendapat sedikit manfaat daripada penganjuran fest ini? Ia sudah cukup bermakna buat kami. Macam yang saya katakan kepada Chainsore tadi, biarpun tadi hanya kita 7 orang sahaja daripada semua peserta yang hadir turun kutip sampah, sekurang-kurang kita dapat tunjuk contoh kepada yang lain bahawa mengotorkan alam ini merupakan perbuatan yang buruk dan memudaratkan masyarakat. Itu pun dah kira cukup bagus. Apatah lagi jika ada orang timbul kesedaran untuk mengamalkan kebersihan dalam diri setelah melihat aktiviti begini? Itu lagilah bagus.

Team Perlis Zine Fest 2020:

Aduha - persiapan tempat, bazaar, merchandise.(Atur campsites, tempat masak, mkn, solat, persembahan)

Badril dan Madam Nanie - trekking, rope jump, selam. (trekking sambil kutip sampah, juri rope jump, juri freediving).

Apitt Nollie, PSD, Pon - BMX 
(Pushbike, pameran & stunt).

Roohi - electrician & diplomasi.
(Siaraya, rundingan sponsor).

Chain @ syed - siaraya / host
(Provide p.a sistem, funder, host).

Nina J - persembahan
(Urus nyanyi, ceramah, bedah buku, sajak, etc dan co-op dengan Chain).

Amin Arawi - persembahan.

Dina, Nunu dan Mimi - masak, makanan.
(urus potluck utk mlm dan breakfast).

Aku Napie, Pitri al-Fateh, Che Sood, Pak Ku, Chip,  dan semua yang lain, yang saya terlepas pandang namun sama-sama membantu untuk menjadikan PZF kali ini suatu memori yang indah. Anda semua terbaik dan cool!

Sempena PZF kali ni, kita telah mendapat sedikit sumbangan dari rakan-rakan. Jadi PZF telah memberi penghargaan/anugerah seperti berikut:

- Kult zine ( the most influential underground editor 2020). * Anugerah utama!

- PZF poet of the year 
- PZF Rope jump challenge
- PZF Freediving challenge
- PZF BMX Xhibit award
- PZF Krieg Stunt: BMX scorpion challenge.
dan The best gypsy tent set up.

Sehingga ketemu lagi. 
- Rammy Azmi
20/12/2020


 

Jumaat, 18 Disember 2020

THE MOST INFLUENTIAL UNDERGROUND EDITOR 2020


Hari ini Perlis Zine Fest telah membawakan satu anugerah khas kepada editor zine. KULT ZINE: THE MOST INFLUENTIAL UNDERGROUND EDITOR 2020. Pengiktirafan buat penulis haluan bawah tanah telah dianugerahkan kepada saudara Pyan @ Sufian, editor Bangkit! Zine. Pyan bermula dengan menyunting Qiamat atau kemudiannya dikenali sebagai Nathias Zine sejak tahun 1992. Pelopor UG scene Mersing, Johor ini turut menganggotai kumpulan Ancient Crypt bersama adiknya yang juga editor zine bernama Nocturnal. Apabila Nathias zine tidak lagi aktif, Pyan menulis pula di dalam blog Ekstrim Media untuk menyalurkan informasi daripada dunia UG dengan cara yang lebih moden dan pantas. Pada 2016 Pyan kembali ke dunia penerbitan zine dan menyunting Bangkit! Zine hingga kini. Bangkit sudah mencecah 14 isu yang mana isu 13.5 telah dikeluarkan khas untuk #PZF2020. Kamdungannya banyak memfokuskan UG scene dari utara terutamanya dari negeri Perlis. Di usia 51 tahun, Pyan masih giat menyunting zine malah menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa pada hari ini. Dia mempunyai Bangkit distro yang menaungi zines lain antaranya Reveal zine, Small Man zine, Transit zine, Perang Dunia Terakhir, Ranjau Metal dan Distorsi Ekstrim selain menganggotai kumpulan muzik berat, Omen dari Kelantan. Tidak syak lagi beliau adalah editor zine paling berpengaruh di Malaysia bagi tahun 2020!

 – Perlis Zine Fest, 19 Disember 2020

Isnin, 9 November 2020

PERLIS ZINE FEST 2020




19/11/2020 (Sabtu) 

5.00 pagi: Mandi sungai

6.00 pagi: solat & prepare breakfast potluck.

7.00 pagi: Bagi yang fit, kita jungle trekking pusing dusun Nakawan keluar lapang sasar dan balik ke kem kita. Atau redah ikut sungai naik ke air terjun bukit Ayer dan balik ikut jalan darat ke kem? Atau treasure hunt?

9.00 pagi: mula acara – jualan stuffs.

10.00 pagi: rope jump challenge & persembahan OSBMX Perlis.

11.00 pagi deklamasi sajak, puisi, pantun seloka, bedah buku.

12.00 tgh: persembahan akustik (klimaks).

1-2.00 petang: siap sedia untuk berangkat pulang.

2.00 petang: acara tamat!


Khamis, 31 Mei 2018

PERLIS ZINE FEST 2018


25 Ogos 2018 (Hari Raya Haji ke-4)
Gua Cenderawasih @ Gua Sami, Kangar
10 pagi - 5 petang

Tertakluk pada perubahan.

Khamis, 30 November 2017

MENGUKIR NADA DARI BESI


Karya Raya Publishing dengan kerjasama Faithcraft Productions akan melancarkan sebuah buku terbaharu dari mereka berjudul "Mengukir Nada Dari Besi" tulisan Rammy Azmi, sebuah manuskip yang membincangkan tentang muzik berat, dakwah, rakaman peristiwa, pendapat dan pengalaman beliau yang dibawa dalam 23 bab.

Bakal dilancarkan di Kuala Lumpur Zine Festival, Sabtu 9hb Disember 2017 ini di Petaling Jaya dengan harga RM20. 

Hubungi mereka untuk pesanan:
Karya Raya 
+6017-9639316
nizangmosh@gmail.com

Faithcraft Productions 
+0192281979
faithcraft.productions@yahoo.com

Jumaat, 7 Julai 2017

JELAJAH PUISI: MERENUNG MATAHARI MAC









Seputar di Rumah AOR, Kedah bersama mereka-mereka yang turut menjayakan Perlis Zine Fest 2017.

Jumaat, 12 Mei 2017

PERLIS ZINE FEST & ART DAY OUT 2017


PERLIS ZINE FEST kembali lagi pada tahun ini dengan motto "Kerat&Tampal". Bakal berlangsung pada 1 Julai 2017 di tempat yang akan dimaklumkan kelak.

Bawa karya "HentamBuatSendiri" untuk dijual, dihadiahkan atau dipersembahkan kepada kami semua. Tiada sempadan usia, bangsa, topik disini.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 

019-2281979 (Raimi)
017-4255117 (Aku Napie)

Jumaat, 14 Oktober 2016

PERJUMPAAN SEBELUM PERISTIWA

Hang out bersama para editor & pengkarya sehari sebelum Perlis Zine Fest 2016. Persiapan (banting, pamplet percuma, P.A sistem) di tahap OK. Kami juga membuat lawatan ke Galeri Seni Piring Hitam milik saudara Musytari, di Taman Sena Indah, Kangar.









Isnin, 10 Oktober 2016

PERLIS ZINE FEST & ART DAY OUT 2016


Perlis Zine Fest adalah himpunan pengkarya seni (d.i.y). Ia turut membawakan distro-distro bawah tanah, persembahan seni, komik bebas, dan sebagainya dengan motto "hentam buat sendiri". Zine Fest bermula di KL sejak 2006 kemudian ia mula merebak ke negeri-negeri lain yang mempunyai pengikut yang kuat terhadap penerbitan media bawah tanah seperti Johor dan Sabah.

Sesiapa sahaja boleh menyertai Perlis Zine Fest dengan etika dan kendiri seperti yang dinyatakan. Tunjukan sokongan anda kepada pemikiran luas dan kreatif.